JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIA
oleh: Adlin Syahirah Mohamad Azri
Pemerdagangan orang atau yang juga dikenali sebagai sistem perhambaan cara moden merupakan salah satu jenayah terancang yang melanggar hak asasi dan etika masyarakat (Mohd Bakri Mohd Zinin). Manusia diperniagakan seolah–olah satu benda yang boleh dijual beli dan dieksploitasi di pasaran.
Terdapat banyak faktor-faktor berlakunya kes pemerdagangan manusia di Malaysia. Faktor-faktor terjadinya kes ini meliputi faktor individu, ekonomi, masyarakat dan negara. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh mudah terjebak dalam masalah sosial kerana tidak mempunyai petunjuk hidup. Selain itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang makmur dan aman serta kaya dan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah ASEAN menjadinya tarikan utama kepada pendatang dari seluruh dunia termasuklah sindiket pemerdagangan orang. Seterusnya, masyarakat Malaysia yang kurang peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling juga menjadi salah satu punca pemerdagangan orang berlaku di negara Malaysia. Akhir sekali, Oh Kwang Phang menyatakan masalah pemerdagangan manusia kian bermaharajarela disebabkan penguatkuasaan yang tak bersistematik.
Sosial perdagangan manusia ini akan membawa impak negatif terhadap sesebuah negara terutamanya bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Perdagangan manusia yang hangat di sesebuah negara itu juga akan menjejaskan imej sesebuah negara. Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. . Isu-isu berkaitan aktiviti pemerdagangan orang seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat yang boleh menjurus pertelingkahan yang besar antara negara yang terlibat. Peningkatan kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan masuk pendatang memberi kesan negatif kepada ekonomi negara kerana bagi membanteras kegiatan menggunakan banyak sumber kewangan.
Antara tindakan kerajaan dalam menangani isu pemerdagangan orang ialah Malaysia telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670). Pelan Tindakan Nasional 2010-2015 telah dirumuskan sebagai menunjukkan komitmen dan aspirasi negara dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang. Pihak kerajaan Malaysia telah melantik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku agensi penguat kuasa yang terulung negara. Kerajaan juga mengambil langkah prihatin dengan membuat kempen-kempen yang menarik bagi memberitahu masyarakat tentang padahnya jenayah ini.
No comments:
Post a Comment